09 Julai 2011

SENARAI NAMA AHLI KGBS CAWANGAN KALAKA



Catatan : Sila klik pada jadual di atas untuk paparan yang lebih jelas. Sekira nama anda tercicir dari senarai di atas sila hubungi Urusetia Cawangan di talian 019-8121975 atau email : kgbskalaka@gmail.com

SENARAI NAMA AHLI KGBS CAWANGAN KALAKA






















08 Julai 2011

Catatan Kenangan Bersama Cikgu Abdul Hamid Bin Satem Di Kuala Lumpur 2010



Sejarah awal bermulanya penglibatan saya bersama KGBS bermula pada tahun 1995 ketika menjalani praktikum di SK Tan Sri Haji Mohamed, Malihah Matang. Cikgu Sajali Bin Ojek selaku guru pembimbing saya pada masa itu, adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan KGBS dan KOBAGUS. Bermula dari detik itu saya bergerak aktif membawa rakan-rakan pelatih MBPL ke pejabat kita di Batu Lintang pada setiap hujung minggu.

saya mula mengenali tokoh-tokoh pejuang KGBS walaupun mereka adalah "Pejuang Yang Tidak Didendangkan". Allahyarham Cikgu Abdul Hamid Bin Satem adalah salah seorang dari puluhan tokoh yang tidak asing lagi bagi saya. Allahyarham adalah pejuang yang begitu setia, dedikasi, dan bersemangat dalam melaksanakan tugas kesatuan.

Saya tidak menyangka pertemuan singkat semasa menghadiri Persidangan CUEPACS dan Lawatan Penanda Aras Majlis Tertinggi KGBS di Kuala Lumpur tahun lepas adalah pertemuan terakhir kami. Masih segar dalam ingatan saya betapa berseleranya Allahyarham menikmati sup kambing ketika makan tengah hari bersama Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada masa itu. Masih tergiang-giang hilai tawa Allahyarham yang suka berjenaka. Keseriusannya bertempat namun kemesraan serta sikap "sporting"nya membuatkan saya tidak janggal mendampinginya.

23 Julai 2011 ini genaplah 100 hari Allahyarham meninggalkan kita. Kepada isteri dan anak-anak Allahyarham, takziah. Setiap yang bermula pasti akan berakhir, yang hidup akan mati, pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan, itu adalah lumrah kehidupan. Qada' dan Qadar Allah harus kita terima dengan redha dan hati yang terbuka.











" Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah Yang Maha Besar.Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim, sesungguhnya hanya pada Mu kami bermohon. Limpahkanlah rahmat kesejahteraan ke atas roh Allahyarham Cikgu Abdul Hamid Bin Satem. Ampunkanlah Ya Allah segala dosa dan kesalahannya. Terimalah taubatnya, amalannya, ibadahnya, amal kebajikan dan perjuangannya. Tempatkanlah Allahyarham bersama orang-orang yang beriman dan sholehah...Amin Yarabbil A'lamin...."