29 Jun 2011

Perundingan Dan Permuafakatan Adalah Dasar Perjuangan Dan Tuntutan KGBS


Barisan kepimpinan KGBS dari setiap cawangan yang hadir di Mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini.

KUCHING Sabtu 25 Jun 2011

Ekoran ketidakpuasan hati kalangan guru tentang insentif yang lebih menjurus kepada guru-guru siswazah di sekolah-sekolah menengah seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ucap tama Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-50 di Kuching baru-baru ini, maka Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak ( KGBS ) mencadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) mempertimbangkan penambahbaikan yang lebih menyeluruh seperti berikut untuk “memenangi semula” hati guru.

1. GURU-GURU DI SEKOLAH
a. Gred pemangkuan jawatan Guru Besar di sekolah rendah dinaiktaraf ke gred DG48
b. Gred pemangkuan jawatan Penolong Kanan di sekolah rendah dinaiktaraf ke gred DG44
c. Guru Besar gred DGA32 dan DGA34 yang sedang berkhidmat dinaiktaraf ke DGA38 dan hendaklah dikekalkan sehingga mereka tamat dalam perkhidmatan.
d. Guru Penolong Kanan DGA32 yang sedang berkhidmat dinaiktaraf ke DGA34 dan hendaklah dikekalkan sehingga mereka tamat dalam perkhidmatan.
e. Guru-guru DGA32 KUP di sekolah rendah mahupun menengah diberi peluang untuk naik pangkat secara “timebased” sehingga ke gred DGA34 KUP.
f. Guru-guru DG41 di sekolah rendah mahupun menengah diberi peluang untuk naik pangkat secara “timebased” sehingga ke gred DG52.

2. Penstrukturan Jabatan Pelajaran Sarawak ( JPNS ), Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ), Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti ( JNJK ) dan Bahagian Teknologi Pendididikan Negeri ( BTPN )

a. Seorang Pengarah JUSA C dinaiktaraf ke JUSA B.
b. Dua orang Timbalan Pengarah JUSA C. Buat masa ini hanya seorang sahaja pada gred DG54.
c. Semua Ketua Sektor, Ketua Nazir Negeri DG52 dan Ketua Penolong Pengarah BTPN DG48 dinaikkan keg red DG54.
d. Semua Pegawai Pelajaran Daerah di 31 buah PPD dilantik keg red DG52.
e. Semua jawatan pegawai siswazah di JPNS, PPD, JNJK dan BTPN diletak pada gred DG44 dan DG48. Jawatan DG41 dimansuhkan kerana jawatan di agensi-agensi berkenaan dikira sebagai jawatan naik pangkat.
f. Jawatan pegawai PPPLD gred DGA32 di JPNS, PPD, JNJK dan BTPN perlu dimansuhkan dan diganti dengan gred DGA34 ataupun DGA38.

3. Institut Pendidikan Guru ( IPG ) Malaysia
Institut Pendidikan Guru merupakan agensi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru-guru siswazah maka KGBS mengesa agar jawatan pensyarah DG44 dan DG48 serta gred-gred yang lebih tinggi sewajarnya diisi dengan segera sesuai dengan peranan dan tuntutannya pada masa kini. Kelewatan pengisian jawatan-jawatan ini akan menjejaskan fungsinya sebagai agensi yang melahirkan guru-guru siswazah yang berwibawa.

4. Ganjaran Khas Bagi Guru-Guru Ex-PPPLD yang dilantik ke DG41 Tanpa Menikmatai Kenaikan Pangkat DGA32 atau DGA34.
KGBS menggesa agar KPM mempertimbangkan ganjaran khas dalam bentuk 3 kenaikan gaji untuk menyeimbangkan gaji mereka dengan rakan-rakan pada gred DGA32. Gesaan ini telah lama disuara oleh KGBS namun setakat ini belum Nampak tindakan pihak kerajaan khususnya KPM untuk mempertimbangkan ganjaran ini. Justeru itu KGBS amat mengharapkan agar KPM dapat menyelesaikan isu ini dengan segera.

Rumusan
Memandangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan ini melibatkan insentif kenaikan gred seseorang pegawai, justeru itu KGBS menegaskan di sini bahasa sebarang kenaikan pangkat seseorang pegawai mestilah bersandarkan kepada senioriti sebagai syarat utama barulah diikuti oleh prestasi dan bukannya berdasarkan prestasi pegawai berkenaan semata-mata.